Pages

Wednesday 14 December 2011

          ~warkah cinta terakhir~

saya telah mengembara ke hujung dunia mencari CINTA saya..tapi kali pertama saya bertemu awak,hati saya terus terpaut. demi tuhan saya tak tahu kenapa,tapi...itulah kebenarannya...
But,one day..saya telah menolak awak,walaupn awak telah mencabar saya dengan kejujuran awak..tapi awak nak tahu x bahawa awak memang xbertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji pada saya bahawa bukanlah salah seekor rama rama perhiasan di dinding kamar awak..
nak tau x..hanya dengan sebuah renungan awak je dah membuatkan saya jatuh tersungkur ke penjuru  mata awak. siyesly,saya memang xdapat nak menipu perasaan sya sendri bhawa sy menyanyangi awak. dan disaat sy mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu...
Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. tapi...nyata saya xdapat menemuinya...tapi, akhirnya bila awak telah memiliki  CINTA saya ,awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang xmampu saya selam. di sana saya xmampu melihat cahaya.awak berikan saya harapan, dan akhirnya juga awak telah menyalakan api dan membakar saya dalam diam...       

awak...sakit...
saya sedih sangat...tapi jauh di sudut hati saya merasakan awak masih belum cukup  dewasa untuk memahami apa itu erti CINTA dan mungkin tak akan dewasa atau mungkin juga awak belum benar benar jatuh CINTA pada seseorang...jadi,siapa saya di hati awak?

adakah selama ini awak sebenarnya tak pernah menCINTAi saya??

siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati??

siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan??

siapa yang beritahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??

awak!
sebelum saya menghilang diri dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu yang xpernah awak tahu. kalaulah awak tnya kpada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah jawapan saya..

''kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. meskipun waktu itu saya akan bisu buat selamalamanya...

''dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selamalamanya...meskipun waktu itu saya dah xda kat dunia ni(awakxpernahtahu)

if u really LOVE smeone, then let that person go. if that person is meant for you, then that person will come back to u eventually..but if than person does not, then that person was never meant for u ,in the first place..

awak...
kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi demi kebahagiaan awak...saya berdoa supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari. supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA sebenar..supaya suatu hari nanti akan adap dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak xkan pernah terlewat untuk menghargainya..
awak...saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita .saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. saya juga tidak akan pernah kesal sekurangkurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah berskap jujur dan iklas dengan  perasaan saya..
saya juga percaya,andai benar kita punya jodoh ,awak akan kembali kepada saya..itu bukan harapan saya, tetapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali kepada saya,saya percaya, mungkin itu yang terbaik...

No comments: